GARA-gara tidak berpuas hati dengan rasa sup yang disediakan isterinya, seorang lelaki sanggup merantai wanita itu dan membiarkannya tanpa makanan serta minuman selama tiga hari.
Menurut laporan media Ukraine, Komsomolskaya Pravda, tindakan kejam Alexander, 40, kononnya untuk memberi pengajaran kepada isterinya itu.
Difahamkan, leher Angela diikat pada perabot di rumah mereka selepas pasangan suami isteri tersebut bergaduh dan dia turut dipukul dengan kayu.
Ahli keluarga Angela menemui mangsa tiga hari kemudian dalam keadaan pucat dan menggigil.
Angela berkata selain tidak diberi makan, dia turut dihalang ke tandas dan dipukul dengan kayu apabila memujuk suaminya untuk melepaskannya.
“Dia marah kerana kualiti masakan saya tidak baik. Tapi saya percaya itu hanya alasan kerana dia tidak puas hati sejak saya berhenti beri duit kepadanya,” kata Angela.
Ketika disoal siasat, Alexander mengaku berniat untuk merantai isterinya selama sembilan hari. Akibat dari perbuatannya, dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.
Sinar Harian
Wed Apr 17 2019
Angela menceritakan pengalaman pahitnya didera suami sendiri kepada wartawan. -Foto daripada Sinar Harian
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Kris Dayanti korban tiga ekor lembu sempena Aidiladha, siap diberi nama
Kris Dayanti Korban Tiga Ekor Lembu Di Aidiladha, Siap Ada Yang Dinamakan Alexander
Gara-gara masakan tak sedap, isteri dirantai dan dipukul dengan kayu
Leher mangsa diikat pada perabot selepas pasangan suami isteri tersebut bergaduh dan dia turut dipukul dengan kayu.
Padah curang, mayat bekas suami jadi baja kebun sayur
Olga dikatakan membunuh mangsa kerana tidak dapat memaafkan kecurangan lelaki itu sepanjang perkahwinan mereka.